"Malasnya aku nak ke kelas"
"Malasnya nak bangun pagi ni"
"Ahh... muka dia ni lagi.. malaslah nak jumpa dia nih..."
Betapa satu hari begitu banyak perkataan keramat "malas" yang menitip di bibir kita. Jika ada yang kita tidak berkenan perkataan malas lah yang keluar, jika ada perkara yang kita takut untuk berhadapan perkataan malas lah yang keluar.
Maka dengan alasan malas jugalah, akan terbantut berbagai-bagai pekerjaan dan aktiviti sehingga menjadikan kita tidak proaktif dan produktif.
Manusia secara tidak langsung di kawal oleh "minda separuh sedar" (subconcious mind) yang bertindak mencorakkan personaliti dan identiti sesebuah individu berdasarkan apa yang dituturkan dan apa yang difikirkan. Andai difikir malas, maka malaslah jadinya. Andai difikir pandai, maka pandai lah jadinya. Andai difikir berjaya maka berjayalah jadinya.
Oleh itu, kehidupan seharian kita mestilah di ulit dengan fikiran-fikiran dan tutur kata yang positif supaya hasilnya menjadikan kita seorang yang positif, produktif, dan proaktif.
Hindarilah berkata "Malas".
Kerana boleh jadi ia musuh dalam selimut yang membantutkan produktiviti kita dan menghalang segala macam rezeki yang mendatang. Boleh jadi ia senjata yang mebunuh setiap impian dan angan-angan kita.
Ayuh berkata "Aku boleh!". "Aku Rajin!"
Agar rezeki Tuhan yang melata di muka bumi datang menerjah kepada kita... =)
Wallahualam.
Salam Rajin... =)
No comments:
Post a Comment