Tuesday, August 21, 2012

Anak-anak umpama kain putih

Assalamualaikum,



Quote of the day
Anak-anak umpama kain putih, kitalah yang mencorakkan mereka

Ya benar, mereka umpama kain putih yang suci dan bersih. Terpulang kepada ibu-bapa untuk mewarnakan ia. Jika mahukan anak yang soleh dan baik akhlaknya, maka semuanya bermula daripada diri kita sendiri. 

Anak-anak berada dalam proses pembelajaran. Apa yang mereka "lihat, dengar dan rasa" akan diterjemahkan ke dalam perbuatan mereka seharian.

Maka persekitaran dalam membesarkan anak-anak haruslah satu persekitaran yang positif dan produktif. Ibu-bapa harus bijak untuk memilih dan menapis input-input "lihat, dengar dan rasa" supaya apa yang terhasilkan daripada anak-anak adalah satu terjemahan perbuatan yang positif.

Pepatah melayu berbunyi..
Dimana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.

Jangan pernah merungut andai kira anak-anak kita, degil, bersikap biadap atau apa sahaja yang negatif. Ia mungkin hasil daripada sikap kita yang kurang peka terhadap persekitaran anak-anak semasa tempoh tumbesaran mereka.

Jika anak-anak suka berkata kasar, boleh jadi kita pernah berkata kesat depan mereka.. Jika anak-anak suka menengking, boleh jadi kita selalu menengking depan mereka.. Jika anak-anak bersikap biadap, boleh jadi kita selalu biadap dengan pasangan kita di depan mereka..

Maka penting bagi ibu-bapa untuk memainkan peranan yang utama dalam mewujudkan persekitran positif dalam tumbesaran anak-anak. Generasi yang rabbani hanya terhasil daripada jiwa individu yang rabbani. Bersama kita mengislah diri...

Wallahualam.

Salam Permisi.

No comments:

Post a Comment